Wednesday, April 9, 2008

Apam Yogurt


Resepi ni ambil dari MyR, Yani. Buat pagi tadi for breakfast. Cepat dan mudah sangat. Teramatlah gebuuuuu..... Rasanya tak manis sangat. Cubalah.

Bahan-bahan ( 8 biji )

2 biji telur
50g gula
100g plain yogurt
sedikit esen vanila
1 sudu besar minyak masak
150g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Cara-cara
Pukul telur dengan gula sehingga kembang
Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit

No comments :