Wednesday, March 19, 2008

Udang Goreng Kunyit

Ada udang balance semalam buat goreng tepung. Malas nak masak yg remeh temeh, just goreng udang kunyit je. Senang sangat dan jimat masa.

10 ekor udang- dibersihkan
2 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 btg serai - diketuk / dititik
2 cm halis - dihiris
1 keping asam
2 biji cili merah
sedikit kunyit serbuk / kunyit hidup pun ok
sedikit garam

Cara - Cara

Tumiskan bahan bahan yg dimayang dan dihiris nipis.
Masukkan cili besar dan serai. Masukkan udang.
Kemudian masukkan asam keping, kunyit dan garam secukup rasa.
Kalau nak kuah, masukkan sedikit air. Biarkan sehingga masak.

No comments :