Wednesday, March 12, 2008

Tomato Salad

Saya suka makan tomato cara cam ni. Nak buat pun senang dan cepat. Boleh bertambah nasi la...
dalam erti kata lain, bertambah la juga badan ni.


Bahan-bahan ( 1 mangkuk kecil )
2 biji tomato (dihiris nipis)
2-3 biji cili padi dihiris nipis. (Kalau tak nak pedas, kurangkan jumlahnya).
2 biji limau kasturi (diperah, ambil airnya)
1 biji bawang besar ( dimayang )
Sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan perasakan dengan garam dan gula serta perahan limau.

No comments :