Monday, March 17, 2008

Strawberry Mousse


Dah lama buat ni. Tapi masa save pix. tu tak ingat kat mana. Belek belek computer en. suami, jumpa kat sana. Hari tu laptop kena reformat jadi save pix dalam computer dia. Resepi ni ambil dari MyR, Yani.

Bahan-bahan

10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus
Cara-cara
Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.

No comments :