Thursday, March 20, 2008

Laksa Utara

Untuk resepi laksa Utara, resepi yang biasa saya buat seprti berikut :-

BAHAN KUAH LAKSA

Bahan A
10 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
1 sudu besar udang kering
2 cm lengkuas
3 batang serai

500 gm ikan selayang
3 batang serai - dititik
3 keping asam gelugor
4 kuntum bunga kantan
2 tangkai daun kesum
3 tangkai cili padi
5 liter stok ikan ( air rebusan ikan)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1) Ikan direbus, ambil isinya dan dikisar lumat
2) Kisar BAHAN A
3) Didihkan stok ikan
4) Masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sehingga sebati.
5) Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

BAHAN LAKSA

100 gm laksa - direbus sehingga lembut
1 biji timun
2 biji bawang besar
3 tangkai pucuk gajus
3 tangkai daun selom
3 biji cili padi
2 biji telur rebus
1 biji limau nipis

No comments :