Thursday, March 27, 2008

Kerabu Epal

2 hari lepas buat kerabu taugeh, jadi last night buat kerabu epal pulak. Jadikan minggu ini minggu kerabu. Senang sangat nak buat, cuma main parut je...

Bahan bahan

2 biji epal hijau
1 biji carrot
1/2 biji timun
1/2 labu bawang besar
Garam
Gula
Cili api - ikut kepedasan yg dikehendaki
Perahan lemon

Cara

Parut epal,timun dan carrot.
Hiris nipis bawang dan cili api.
Gaulkan dengan garam, gula dan perahan lemon.
Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang.

No comments :