Wednesday, March 12, 2008

Kari Kepala Ikan




Ermmm.... semalam En. Hubby request nak makan kari kepala ikan. So lepas habis kerja, pergi pasar cari apa-apa yang patut. So inilah hasilnya. Bukan main bertambah lagi dia makan.
Resepi ni ambil kat MyR. Sumbangan Junjs11, terima kasih ye...


1 ekor ikan jenahak-dipotong2 (kepala ikan pun boleh)
2 pkt serbuk kari ikan-dibancuh dengan sedikit air, jadi pes
5 biji kacang bendi
2 biji tomato
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
3/4 cawan air
garam, gula (jika suka) dan sedikit minyak
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
Bahan kisar:-
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 in halia

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan yg dikisar bersama halba campur dan daun kari.
Masukkan serbuk kari. Biar naik bau, masukkan pula air asam jawa.
Masukkan ikan, air dan santan pekat. Biar mendidih.
Masukkan tomato, kacang bendi, cili dan garam.

No comments :