Wednesday, March 26, 2008

Dendeng

Masak daging dendeng ni malam tadi. Senang juga, bahan bahannya pun tak banyak dan rumit sangat. Sedap makan dengan nasi putih. Rasanya kalau makan dengan nasi impit pun sedap gak. Ambil dari MyR- Erna. Thanks for the recipe.

Bahan-bahan ( 4 orang )
500gm daging
4 biji tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
garam secukupnya
****Bahan A (dikisar)*****
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
10 ulas bawang merah
3 sudu besar cili giling
sedikit halia
Cara-cara
Daging di hiris nipis dan digaul sedikit dengan bahan A. Perapkan sekejap.
Goreng daging ini hingga garing. Ketepikan.
Kemudian tumiskan lebihan bahan A, masukkan tomato, garam, gula, kicap dan daging. Masak hingga kering.

No comments :