Tuesday, March 25, 2008

Butter Prawn

Last night was Seafood night. Everything is seafood. Salah satu dish ialah butter prawn. Selalunya makan kat Thai Seafood Restaurant. Tapi nak cuba buat sendiri walaupun tak sama, tapi not bad. Jimat sikit, sebab selalu makan tu harga paling kurang RM 30 keatas untuk small size dish.
Resepi saya ambil dari majalah Rasa.

Bahan bahan

4 ekor udang bersaiz besar
3 biji kuning telur
1 batang serai - dihiris halus
1 tangkai daun kari
sedikit butter
1 sudu makan susu cair
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
  1. Bersihkan udang dan gaul dengan garam, goreng dan ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak didalam kuali.
  3. Kacau kuning telur bersama susu cair dan sedikit garam.
  4. Panaskan minyak dan masukkan serai dan daun kari.
  5. Masukkan campuran telur dan kacau cepat cepat supaya telur tidak berketul.
  6. Setelah garing, tapis minyak kedalam bekas lain.
  7. Bahan yg tertinggal di dalam tapis, letakkan di atas udang yg telag digoreng tadi.
  8. Bolehlah dihidangkan.

No comments :