Saturday, March 29, 2008

Asparagus with garlic and prawn.


Dulu dulu saya tak pernah cuba makan sayur asparagus ni. Entahlah mungkin masa tu tengok cam tak sedap je. Tapi selalu nampak kat pasar dan pasaraya. One day nak cuba masak dan rasa, sedap pulak. Lepas tu dah jadi one of my fav vege. Nak masak pun senang sangat, main campak campak je....

Bahan Bahan

1 ikat asparagus - dicelur sekejap
10 ekor udang - dibersihkan
2 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak bijan
Garam dan perasa
Sedikit tepung jagung

Cara membuatnya
  1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan masak seketika.
  3. Masukkan asparagus, sos tiram dan minyak bijan.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam.
  5. Bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan.
  6. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

No comments :